Tuesday, March 22, 2011

perkara asas yg perlu tahu sebelum membuat pinjaman perumahan jenis II

Membina rumah sendiri atas pinjaman perumahan tak sama dgn membeli rumah siap. Banyak proses yg perlu di ketahui dan di lalui sebelum terbinanya tapak rumah tersebut.Memang la banyak maklumat dari internet tp tak semua yg kita nak ada. Contohnya, urusan dgn pejabat tanah, urusan dgn lawyer, urusan dengan majlis pembandaran...huh banyak lagi...

Memandangkan kami skrg pun tgh on the way membina rumah, so sy nk kongsi sedikit maklumat yg boleh di jadikan guide nnti kalo sape2 mau membuat rumah di atas tanah sendiri. Sebabnya, sblm kami melalui proses ini pun, mmg gigih weh cari dlm tenet ni, mcm mana urusan-urusan seperti kat ats tuh...tapi idok la jumpa. Yg banyak proses nk hantar dokumen yang sudah siap ke bahagian pinjaman perumahan je..

Perkara yg paling asas yg anda perlu settle kan sebelum membuat pinjaman perumahan ialah:


1. Kena tukar nama tanah kepada nama peminjam.Contohnya, mcm kes saya..suami yang akan buat loan jadi tanah yang akan kami bina rumah tersebut akan ditukarkan kpd nama suami. Boleh juga diletakkan nama bersama seperti nama isteri di dalam geran tanah tersebut.Proses tukar nama tanah ni jap jer, 1 hari dah settle..kosnya pun bergantung kpd harga tanah tersebut. Semakin mahal harga tanah, semakin mahal la harga yang perlu dibayar untuk proses ini.

2. Tetapi ...sekiranya peminjam loan itu bukan berasal dr negeri Kelantan, ia perlu kelulusan exco untuk memiliki tanah di Kelantan.Yang ni lawyer pilihan anda yang akan uruskan..dan kosnya bergantung kepada lawyer. Dan yang ni prosesnya mengambil masa 6 bulan...kami sendiri pun masih menunggu permohonan ini diluluskan...erm..lg 3 bulan..(ini mungkin syarat bg negeri Kelantan jer kot)


3. Seterusnya plan rumah. Yang ni pula urusan arkitek untuk melukis plan dan memberi kelulusan pertama. Bila dah siap di cop oleh arkitek, plan rumah tersebut perlu dihantar ke Majlis Daerah untuk kelulusan yang kedua. Kos yang ni juga bergantung pada keluasan rumah kaki persegi. Makin luas, makin mahal yer..dan masa untuk kelulusan ini adalah 3 bulan.

4. Tukar status tanah. Yang ni sekiranya tanah yang akan dibina rumah tersebut tanah pertanian, ia perlu ditukarkan kepada tanah bangunan. Yang ni pun urusan di pejabat tanah daerah masing-masing. dan proses ini juga lama tau..6 bulan.


Ok. itu jer perkara asas yg perlu dibuat sebelum memohon pinjaman perumahan. Kami pun masih melalui proses tersebut dan harapnya bulan jun ni dpt settle semua proses tersebut..erm dah tak sabar nk ada rumah sendiri.....*ngee*

nk tengok  rumah saya??jeng jeng jeng...

Ops..tunjuk sipi-sipi jer..sb proses pun belum settle lg kan..nanti dah aprove sume, br saya reveal kan..hehehe

Saya harap dengan adanya sedikit panduan asas ni, ia dpt membantu anda yg sedang mencari maklumat tentang pinjaman permahan nih..bg syarat lain anda boleh ke laman web BAHAGIAN PINJAMAN PERUMAHAN...

4 comments:

LYAfrina said...

part nk buat pinjaman ni mmg kena bhati-hati..
bila la nk ada rmh sendiri ni

Anonymous said...

Salam, terima kasih atas maklumat. Insya-allah satu hari nanti teringin nak buat konsep yang sama sebab ramai orang kata bina rumah atas tanah sendiri dengan pinjaman Bahagian Pinjaman Perumahan boleh dapat rumah yang lebih besar.

PakTeh said...

betul apa yang diperkatakan oleh mama. walau bagaimanapun, lain kes lain caranya...lain prosesnya, lain borangnya dan berbeza ragamnya.

maaf mama, mungkin ada yang ingin berkongsi pengalaman yang berbeza, silakan ke www.loankerajaan.blogspot.com.

sekadar berkongsi. tQ

Unknown said...

http://buatrumahimpian.blogspot.com/

BUAT RUMAH DIKELANTAN