Monday, February 17, 2014

resepi nasi ayam paling sedap

amboi tajuk tak nak kalah ok..nak yang paling sedap ajer. tp mmg nama resepi ni nasi ayam paling sedap.ceritanya begini, sy duk mengoogle resepi nasi ayam..dan dalam banyak2 nasi ayam, resepi ni la yg dikatakan palin sedap..nasi ayam nani rostam..kalau tak percaya, cer google...

bila alahan dah beransur, tekak dah kembali nak makan itu ini..muka pun dah boolaat sgt..huhu...tak tau la lepas bersalin dapat kurus ke tak ni..huhu...anak makin bertambah, berat pun bertambah..

ok jom kita buat nasi ayam.
Bahan untuk ayam - bawang merah, halia dan bawang putih. kisar kesemua bahan dan perap ayam selama 1/2 jam yer . Ayam seeloknya jgn dipotong, guna sekor gitu..nanti bila goreng, ayam masak cantik ajer..tapi sy punya dah dipotong sb suami tersilap dengar..sy pesan jgn potong, dia ingat potong dulu...huhu...

dah perap 1/2 jam boleh la rebus ayam setengah masak dalam air mendidih. air tu nanti akan digunakan untuk masak nasi, masak sup dan sambal..so pandai2 la sukat nak banyak mana ya..


selesai rebus, angkat dan toskan..lepas tu perap dengan kicap masin, kicap manis, minyak bijan, madu dan juga sos tiram..perap la lebih kurang 45 minit....

sementara tunggu perapan ayam untuk digoreng, masak la nasi dulu ya...ok caranya nya kisar bawang merah, halia kemidian tumis dalam kuali..masukkan daun salam dan juga daun pandan serta bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga. dah masak baru masukkan bahan ditumis kedalam periuk sekali ngn nasi. 


masukkan air lebihan rebusan ayam tadi dan bahan yang ditumis tadi dan juga 1/2 cawan susu segar...dan sedikit garam .ok siap bahagian nasi. now sambal pula....


bahan-bahan utk sambal: lada siam , cili api (pilihan) bawang putih dan sedikit halia. garam, gula dan cuka. kisar sekali pastu tumis juga yer...sy tambah sedikit sos tomato dan juga sedikit air rebusan ayam tadi..biarkan mengelegak dan angkat..sambal ni lain dari lain rasanya..sedapp sangat...mungkin sb dimasak kot...

ok dah siap nasi, ayam dan juga sambal. sekarang sup pula..rasanya sup la paling senang...ambil lebihan air rebusan ayam tadi, panaskan hingga mendidih kemudian masukkan sedikit serbuk ayam . kemudian tabur bawang goreng, daun sup dan kubis jeruk...sup simple tapi sedap juga. tak payah nak masak2 sup letak bunjut bagai.

air kicap pula..ambil jer lebihan perapan ayam tadi...rasa masin manisnya...


boleh la start menghias..letak salad, timun dan juga tomato...huhu 


dan hasilnya..

ops gambar nasi takde....huhuhu lupa nak snap....

bila suami makan, xhabis2 puji tau..cakapnya sedap..haa tak sia sia la sy google resepi ni kan..next time nak buat lagi.. 

11 comments:

Sha Purple said...

waaa sedapnya tengok...boleh cuba nanti

Rizziela said...

sedapnya..blh try gak ni

Rose Azadir said...

sedapnyer...anyway Assalamualaikum…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com .

Siti Khadijah Halil said...

sedapnyeee.. insyaaAllah nak try buat. tengok bahan memang nampak cukup rencah. :)

keluarga bahagia said...

sedapnya....hari cuti boleh cuba buat, saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://umiwarham.blogspot.com/

keluarga bahagia said...

Sedapnya...boleh buat hari cuti. saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://umiwarham.blogspot.com/

Mommy zara said...

waaa.sedap sgt resepi nasi ayam awak.
lepas nie bole tengok resepi nasi ayam saya pulak.sharing is caring

http://www.chekuseeha.com/nasi-ayam-bonda.html

Norzuryati Mohamad Basir said...

Menyelerakan!
Mohon share resepi ni ye admin..

Jemput ke blog saya :
http://norzuryati.blogspot.com

~perkongsian tentang kisah hidup, rumahtangga, anak2 yg comel, tips kesihatan, tips kecantikan dan lain2 :)

Amy Rozza said...

Saya dah cuba. Memang sedap. Husband pun puji je.. Tq yer kak

Adline Writes said...

terima kasih share resipi sis, saya masak ni malam ni :)

che dai said...

Nak buat jugak. Tq kongsi resepi.