Thursday, November 4, 2010

resepi mee sizzling sedap

tajuk dah sedap,entry haruslah sedap juga.eh tp mcm mana nk sedapkan entry eh?adakah kena masak di atas api perlahan sampai mendidih dulu br entry jd sedap?ok dah.i mencarut mengarut lagi.biasa la kan pompuan..hari ke-14 period adalah hr subur..tp hari ke 27??lu pikir la sendiri!!

ok ini cerita sebenar.bukan tipu yer.ceritanya pg td sy ke tesco mencarik sesuap nasi.tp bila sampai ditesco,tak sempat nak cari nasi tp dah jumpa mee sizzling.tp sadisnya alahai..sikitnya mee..isunya disini sy tak kenyang!!badan kecil tp mkn banyak tau..so apalagi sy dan laling tak puas hati ler..so bila tak puas hati sy plan nak buat sendiri mee sizzling itu.,hehehe..balik jer umah,tanya en google.pas tu jumpa resepi ini..RESEPI.pastu masuk dapur..tak sampai setengah jam dah siap..

jeng jeng jeng...ini la hasilnya..sgt berpuas hati.



memang menjadi tau resepi ni..pas ni dah tak payah mkn kat kedai lagi mee sizzling.Lebih sedap kalo masak dalam bekas sizzling yg mcm kat kedai tu.kami dah servey..1 bekas complete ngn kayu pengalas RM22.90 sahaja..ehee..lain kali boleh beli bekas..

RESEPI MEE SIZZLING

BAHAN-BAHAN

* 2-3 sanggul (gulung)
* 5 ulas bawang putih
* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
* 3 biji cili kering- potong 2
* 2 sudu besar sos tiram
* 3 sudu besar kicap cair
* 1 sudu besar kicap pekat
* 1/2 in halia- hiris nipis
* Serbuk lada hitam
* garam- secukup rasa
* Beberapa titik Minyak bijan
* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
* sedikit minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
3. Masukkan 2 cawan air.
4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

8 comments:

Hanis MY said...

wahh nampak sedap..terima kasih share, tapi link tu tak boleh klik huhu..

mamashikin said...

hanis-sori yer..nanti kita edit semula.thanks singgah.

LINA EVERLYNN said...

blh cuba nie

noris said...

Awak tengok kt mna set utk mee sizzling tu?

merpati putih said...

ni yang nak try ni...hubby suka makan sizzling ni...nak try la..thanks yerkkk

Nur' Shafiqa Saleh said...

salam..
nak tanya..kalo nk mask kat bekas szilling tu cmne erk..just mask cmtu jer erk?

Nur' Shafiqa Saleh said...

thanks ye..tp nk tny kalo nk msk guna set tu cmne erk?mask cmtu je eaa..

sharifah munirah said...

yes..mlm ni nk masak ni la..hehehXD