Tuesday, December 14, 2010

Tips/panduan untuk temuduga kpli

sekali lg sy dapat email dr admin kerja kerajaan berkenaan dgn tips temuduga kpli.Walaupun sy tidak terlibat,tp sy akan share juga tips ini dgn kwn2 yg tgh search pakcik google berkenaan tips temuduga ini,sedikit sebanyak ia dpt membantu anda utk mendapatkan markah yang tinggi dlm sesi temuduga nanti.

TIPS/PANDUAN(pemarkahan):

Markah Penilaian:

1. Sijil-sijil aktiviti

Penilaian markah diberikan berdasarkan jawatan yang anda sandang semasa di sekolah ataupun di university. Contohnya: Kelab Catur. Pengerusi : 5 markah, Timbalan Pengerusi :4 dan ahli biasa 1 markah. Ini adalah untuk menilai anda sebagai seorang yang aktif, yang berkepimpinan dan juga bersosial. Semakin aktif anda dalam aktiviti kokurikulum, semakin tinggi markah anda. Jangan lupa bawa sijil yang lengkap semasa sessi temuduga nanti.

2. Kesesuaian kursus perguruan yang dipohon


Lihat sijil (ijazah) anda, dan adakah ianya relevan dengan kursus yang dipohon. Dinasihatkan anda memohon kursus perguruan yang berkaitan dengan sijil ijazah anda. Contohnya, anda memiliki ijazah dalam bidang Kejuruteraan Awam, tapi anda mohon kursus dalam bidang pendidikan jasmani. Ianya tak bersesuaian! Bidang kejuruteraan awam sesuai dengan kursus Fizik ataupun matematik. Pendidikan Jasmani sesuai untuk mereka yang memiliki Ijazah dalam Sains Sukan. Ramai calon gagal dalam temuduga disebabkan pemilihan kursus yang tidak sesuai ini.

Cara permarkahan:

- Sangat Sesuai : 50 Markah
- Kurang Sesuai : 20 Markah
- Tak sesuai Langsung : 0 Markah

3. Pengalaman Mengajar

Anda pernah memiliki pengalaman mengajar sebelum hadir temuduga? Jika ada, ianya sangat membantu. Mungkin anda pernah mengajar tuisyen? Mengajar sebagai guru ganti, guru sandaran? Nyatakan pengalaman anda..Pengalaman ini berguna semasa temuduga nanti

4. Kemahiran berkomunikasi


Kemahiran berkomunikasi sangat penting dalam sessi temuduga. Yela kan, nak jadi cikgu kena la pandai bercakap. Tak pandai, anak murid tidur saja nantiJ Kemahiran berkomunikasi ini sangat diutamakan dalam sessi temuduga yang mana ianya melibatkan kejelasan suara, kefasihan bahasa yang digunakan, kelancaran pertuturan dan sebagainya. Jadi, bercakaplah dengan baik semasa temuduga nanti. Anggap diri anda seperti seorang guru yang sedang mengajar! Iaitu bercakap dengan lancar, jelas, dan mudah difahami. Jangan cakap saja lancar, tapi susah nak faham. Tips: Jangan bercakap dengan dialek negeri seperti dialek Jawa, Klate, Ganu dll.

Permarkahannya

- Kefahaman/kebernasan : 10 Markah
- Sebutan : 10 Markah
- Kelancaran : 10 Markah
- Kejelasan Suara : 10 Markah
- Penguasaaan Bahasa : 10 Markah

ok.SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEMUA YA!

No comments: