Monday, December 6, 2010

macam mana nak atasi perasaan rendah diri

Hoh tajuk,mcm pakar motivasi la pulak.EHEE.Sebenarnya saya selalu mengalami perasaan rendah diri ni..perasaan ok,i mmg rendah pun..sila jgn mengeji..Tapi setiap kali ada perasaan macam ni,cepat-cepat sy rujuk suami terchenta.Tanya dia,ok ke saya kalo mcm ni?kalau mcm tu? punca utama sbnarnya adalah KURANG BERKEYAKINAN.

Saya ada terbaca dekat blog kawan-kawan pasal perasaan rendah diri ini.Ada beberapa tips untuk mengatasinya:

1. Sebenarnya kita tak perlu nak fikir cara mengatasinya,sb bg sy semakin di fikir semakin menjadi.Biarkan saja ia hilang secara natural shj.Lagi pun kita ada perasaan rendah diri pun sekejap ajer kan.

2. Perasaan diri semakin bertambah kalau kita sibuk membandingkan dengan orang lain yang lebih drp kita.Saya pun selalu mcm tu,tapi cepat-cepat sedar dan buat apa nak bandingkan dgn org lainkan??Kita harus bersyukur dan percaya kita juga akan mempunyai hidup yang lebih baik kelak.Jadi kan mereka yg mempunyai kelebihan itu,sbg sumber inspirasi kita,bukan jadi PEDENGKI!!

3. Cari kelebihan diri sendiri sb setiap orang ada kelebihan masing-masing.

4. Pedulikkan hinaan orang. Ramai manusia yang lebih banyak mencerca, menghina dari membantu. Jangan terikut dengan kata orang. Masuk telinga kanan dan telinga kiri sekiranya kata-kata mereka menyakitkan.

5. Kebiasaannya orang yang rendah diri mempunyai tahap ke’sensitif’an yang agak tinggi. Kurang-kurangkan bercampur dengan individu yang bermulut celupar kerana anda pasti akan sakit dan menyimpan dendam di dalam hati.

6. Menulis adalah salah satu terapi terbaik. Kalau dahulu menulis di diari menjadi kaedah yang popular kini blog mampu memberikan kepuasan. Bukan setakat dapat meluahkan yang terpendam tetapi kalau kena caranya boleh ‘masyuk’.

7. Kebanyakan perasaan rendah diri adalah akibat dari kekurangan dari segi fizikal. Yup ini memang sukar untuk diubah walaupun boleh dilakukan. Ada yang menangis sebab wajah yang tidak cantik seperti Rozita Che Wan atau tubuh yang tegap seperti Fahrin Ahmad. Itu semua adalah sementara sahaja. Jika kita tak mempunyai kehebatan fizikal cubalah kekuatan lain. Cuba kita gerakkan minda dan cari sesuatu yang tak melibatkan paras rupa namun mampu membanggakan diri. Cuba lihat Stephen Hawking yang mengalami kecacatan namun mempunyai keazaman untuk berjaya. Ini sekadar satu nama, ramai lagi yang cacat dan susah yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.

8.Solat dan mohon petunjuk kepadaNYa. Ini adalah yang terbaik sebab dengan mendekatkan diri padaNya memberikan pedoman kepada kita.

Segala info dan rumusan ini sy amik dr blog liga kampung.OK.cukup motivasi utk hari ini.SELAMAT BEKERJA SEMUA!!

7 comments:

LYaFRINA said...

blh bina semangat yakin pd diri sendiri ni..
thanks

**sHiKinn** said...

LYA-sama-sama.sharing is caring :=)

|| NaFiRaa || said...

yeahhh!! kena yakin pada diri sendirik kan~

**sHiKinn** said...

nafira-betul tu..kena yakin ok..

Siska said...

hehe...memang perasaan 2 ada..kena pandai atasi...comellah baby...=)

.m.u.n.i.r.a. said...

hye syikin!*wink!wink!*

Biey said...

YUP..SNTIASA PIKIR KELEBIHAN YG KITE ADA...