Saturday, December 31, 2016

Travel ke jepun part 2

Tak sangka post sy travel ke jepun sebelum ni mendapat sambutan, hikhik ada juga lah pembaca.. Dan ramai yg mintak sy sambung post tu. Ok jom kita sambung.
Hari ke dua ke Osaka Castle, kebanyakan pelancong mesti datang kesini sb sini salah satu tempat bersejarah orang Jepun.

 sempat lagi bergambar , kedai kereta ni bawah apartmen kami...kat sini toyata velfire baru ni memang banyak, dan biasa dilihat. Kalau malaysia kete ni baru sampai kan...harga pun 350k ...kalau kat jepun 100k lebih ajer...hukhuk. Teringin jugak nak pakai yang baru ni, tapi sy punya vellfire baru amik tahun ni..bila ditolak ditambah rugi kalau tukar yang baru....guna je la mana yg ada dulu...



bila sampai kat osaka castle ni rasa frust sket sb dalam kepala ni duk pikir daun2 kuning berguguran, tapi nan ado...daun baru nak menguning...frust sangat tau tapi nak buat macam mana...kena datang lagi la nampaknya...rasanya jepun ni mmg ada list honeymoon kami setiap tahun....hehehe

 bila jumpa pokok kuning jer, terus amik gambar..hikhik jakun la katakan....kami ada kat sini pagi sangat, pelancong pun tak ramai la so boleh la i posing .


ni memang trademark kami, setiap kali pergi honeymoon gambar posing macam ni harus ada...sila jangan muntah...
hari kedua banyak jalan2 osaka sahaja, naik turun train ....

hari ke 3 kami naik shikansen menuju ke arasyaima. nak merasa jugaklah naik ketepi paling laju didunia ni...huh laju betul ...jap jer sampai, kan best kalo malaysiapun ada ketepi macam ni..boleh pergi KL shopim tiap2 hari...




 ni kat stesyen arasyaima...alaaa gambar tak clear sb sy email gmabr ni melalui phione size kecik...



sebelum kita jelajah bandar lama jepun ni, sy sewa basikal dulu. rasanya RM50 kot utk 3 jam. hehe.



kat sini kami ronda2 dengan basikal...hikihik macam cerita sembilu pulak...
sy kat belakang asyik panggil 'awi awi'
orang jepun pandang jer, tp aku xkisah pun...diaorg bukan faham pun...kasi can la nak feeling romantik sket...


hah ni la gambar buluh banyak2....tgk ramaikan org nak bergambar, siap ada yg pakai kimono. Kimono tu korang boleh sewa nanti dia akan pakaikan...sy xsewa sb nak naik basikal...hehe..




hari ke 4 kami banyak jalan2 sekitar bandar Namba sahaja, takde pulak gambar dalam phone . hehe.
kat sini sejuk walaupun musim luruh...huhu tak sanggup nak jalan lama-lama, masuk hotel layan internet jer sb kat sini internet punya la laju....
insyaAllah tahun 2017 sy nak datang lagi sini, tapi bawa anak-anak pula...kesian mereka tak pernah travel jauh jauh....abang long teringin sangat nak datang jepun sb kat jepun ada banyak makanan feveret dia...sushi la, takoyaki la...nanti la abang long, ada rezeki kita datang lagi.


No comments: