Monday, December 26, 2016

travel ke jepun lagi..







salam,
lama sudah saya tak update blog, tetibe rindu nak berblog seperti dulu kala..hehe banyak cerita sy nak share terutamanya cerita pngalaman bisnes saya...dari seorang kerani cabuk dah jadi seorang bisneswomen yang ehem..berjaya ker? rasanya tak lagi kot tapi segala cita2 untuk dapatkan apa yg sy idamkan sudah berjaya ..Alhamdulillah..

tapi hari ni bukan nak story cite bisnes lagi, nak story pasal travelog sy dahulu..hehe travelog la sangat. Alhamdulillah sy berpeluang utk ke Jepun buat kali ke 2, rasanya cuti deepavali lepas kot..huhu dah lupa dah. Sy pilih jepun untuk destinasi honeymoon sb bagi sy jepun sgt best..sy suka tgk orang2 jepun...cara hidup mereka...semua la..
sy beli tiket air asia jer, harga pun tak mahal hanya RM1400 seorang sahaja termasuk domestik dari kb ke KLIA, KLIA ke kansai Jepun. Perjalanan amik masa 6 jam sahaja, huh wp 6 jam tapi adoii boring atas flight tak tau nak buat apa...sb nak tido pun tak lena la...asyik teringat kapal terbang jatuh hahhahah adoi...ni la penyakit aku, rasa nak jejalan tapi perasaan takutttt tetap ada...
tapi sebelum nak mulakan musafir, jgn lupa sembahyang sunat dahulu, baru lah hati legaa sket...serahkan pada Allah jika berlaku apa2...niat dalam hati hanya nak bermusafir mencari pengalaman..dan bacalah doa naik kenderaan, ayat qursi serta apa2 ayat yang kita ingat..





ok sampai jer kat kansai airport, kami beli JR kansai pass utk 4 hari. maknanya turun naik train free jer la utk 4 hari kecuali korang nak naik subway ataupun shikansen . Harga utk 4 hari ialah 6300 yen seorang bersamaan lebih kurang 250 ringgit. Kami terus ke namba city, Osaka iaitu tempat penginapan kami. 




walaupun suami dulu pernah belajar dijepun, tapi bila smpai bab cari hotel hikhik takjumpa jugak..mujurlah suami pandai berbahasa jepun...boleh la tanya kat orang jepun...hehe..dekat sejam jugak pusing2 kawasan namba barulah jumpa apartment...


 dah jumpa apartment ni terus terlentang atas katil sb penat la...apartment ni murah jer satu malam RM 375 macam tu...lengkap dgn dapur tau boleh masak lagi...ok la untuk kami , lagi pun 4 hari jer ..



ni salah satu sebab sy suka datang jepun sb toilet dia bersih sgt, siap boleh tido..pastu mesra pengguna lagi..hahaha xpayah nak basuh2 sendiri, tekan jer button nanti ia auto basuh kita punya bontot siap ada sabun dan muzik lagi...agak2 nak buang air besar takut org kat luar bunyik, boleh la pasang lagu hikhik.


lepas rehat jap, kami terus keluar jejalan sekitar Namba city, pokok masinh kuning dan tak luruh lagi. Apalagi, bergambar la saya..pastu upload kat fb...line internet kat jepun sgt bagus...lajuu giler...sy biasa siap khatam movie kat internet..


\

Dan ini part yg paling saya suka!! makan makanan jepun...sedap sgt tau nasi dgn udang tempura serta sup...kat jepun memang susah nak cari makanan halal, kami kena cari restoren seafood...mujur suami pandai cakap jepun boleh tanyakan ada benda haram tak....biasanya mereka takkan tipu...kos makan kami biasanya skali makan RM100-RM120 sahaja.

kalau koramg tak nak makan makanan jepun pun ok, bawa la bekal...tapi bila lagi kita nak cuba makanan di negara orang kan? sy dah travel sampai ke ireland, paris tapi tak pernah bawa makanan pun...huhu ..klu lapar sabar aje la..cari kedai sampai jumpa...tapi kalau bawa anak jgn tiru kami, kesian la budak2 menahan lapar nanti..

ok la nanti sambung part 2 untu jepun, pastu sy akan story travel sy ke korea dan instanbul pula....bnyak sangat dah hutang post...hehe . 

tq sudi baca. teruskan follow my blog sb sy akan aktif balik.





No comments: