Wednesday, May 27, 2015

percutian ke jepun part 2

hari ke 2  kami pergi ke pergunungan fujiyama. untuk kesana memang amik masa 2 jam lebih jugak, tp everything smooth sebab suami dah print sesiap tiket bas dan study nak  pegi macam mana. aku ikut bontot dio je la...komunikasi pun senang sb suami pandai cakap jepun..so takde masalah.


naik bas jepun nih tak sama tau bas kat malaysia..haha macam naik kapal terbang ..siap ada arahan itu ini lagi..


sebelum ke stesen oomachi, kami sempat snap pic dulu kat sini.
aku bertolak jam 8 pagi...kalau dekat jepun jam 6 pagi dah cerah tau...tapi aktiviti bermula jam 7 pagi la kat sini. semua orang jalan laju laju untuk ke tempat keje. tapi kat jepun takde istilah berebut rebut.semuanya tenang ajer..

sepanjang dalam bas, aku tido ajer..haha so xdapat la nak tgk pemandangan sangat..bangun dah dekat nak sampai dah..dapat lah tengok tasik, gunung fuji dan perkampungan orang jepun dari jauh.


kami sampai lebih dalam pukul 11 lebih kat fujiyama, cuaca kat sini memang sejuk berbanding tokyo. dari fujiyama, kami naik bas pula untuk ke shibazakura. dalam 15 minit je perjalanan. tiket bas dan tiket masuk shibazakura dah beli siap2 masa kat malaysia lagi..so senang la keje...



sampai je sini, teruja nak amik gambar..subhanallah sangat cantik ciptaan Allah...taman bunga berlatarkan gunung fuji...sebelum ni aku tengok dalam tv je, tak sangka dapat sampai kat sini....
ramai sangat pelancong datang kat sini..kalau ikutkan list japan, tempat ni jatuh no 2 tarikan pelancong...yang pertama kat tempat ada wisteria...tapi kami xsempat kesana.





hehe..semua pic ni amik sendiri tau...susahnya nak dapatkan angle cantik berlatarkan gunung fuji  kat belakang tuh, sb puncak fuji tu keluar cantik setengah jam jer sb berkabus... utk pengetahuan, kat puncak gunung tu salji tau..ia tak pernah cair wp musim panas...


 nampak tak gunung belakang tuh? cantik kan? subhanallah...tengah2 lautan bunga ada tasik..nama tasik kawaguchiko...



di bawah sakura yang tinggal sket2 jer lagi...frust betul aku...musim sakura kat tokyo dah berlalu..kat shibazakura ni adalah sepohon dua. hehe sempat jugak la amik pic . hehe


sempat jugak lah shoot dollys kat sini, pakai iphone jer nih.

.

1 comment:

Pakej Bandung Murah said...

salam....
maaf tuan / puan saya nak share sikit di blog ini
saya agency pelancongan di bandung menawarkan sewa kreta untuk city tour bandung, ada juga pakej hotel dan transpot untuk 3hari 4malam dengan harga yang cukup berbaloi.
yang bermnat bole contact


wahtsap +6287821719271
facebook brek.yahya19@gmail.com