Sunday, August 4, 2013

persiapan raya

korang macam mana?dah siap persiapan raya..huhu raya dah tinggal seminggu lagi ni. bulan ramadhan dah fasa akhir. masing-masing nak kejar lailatulqadar. tapi time 10 mlm terakhir ni la diri jadi pemalas, letih, haus, macam-macam lah. lepas berbuka mesti duk berlingkar macam ular sawa, pastu rasa malas nak terawikh..huhu dugaan. tapi suami harus pegi sb aku mmg paksa dia...bg semangat kat dia. ye la, ramadhan setahun sekali kan.,..malam terakhir ni la kita nak beribadat bersungguh-sungguh. bila suami balik terawih, dia pulak bebel kat aku...suh mengaji la..hukhuk baik laling...mentang2 la dia dah terawikh..ekekek.

ok balik pada persiapan raya. tahun ni beraya rumah sendiri..tengahari baru bertolak balik kg mertua. lagipun tiap2 tahun pun kami beraya dirumah mertua..tahun ni kasi can i nak beraya rumah sendiri,. so persiapan ala kadar aje la. tinggal 30% lagi tak siap..tapi hati tgh berdebar2 nih..sb bila buat list, bnyak lg rupanya tak beli..benda kecik2 tu yg biasa tertinggal ..

1. Baju anak-anak



Alhamdulillah dah settle, tapi aku kan selagi tak raya selagi tu aku membeli..topud mana yg ada. lagi pun baju ni bkn leh pakai raya je kan...separuh aku beli kat KL dan separuh kat sini..aku dah siap bajet utk anak-anak..sorang rm600 ajer. so sape beli yg murah dapat lah bnyak helai kan..tp skrg mak aii..jeans pun dah beratus..mahal betul sekarang...aku dulu pakai seluar pasar malam jer. .huhu..

2. kasut raya


kasut tahun ni aku beli kat Al ikhsan jer. malas dah nak pikir , beli kat kedai yg dekat tempat keje. itu pun sepasang sorang je. pastu topud dgn selipar sorang sepasang..cukup dah la.beli banyak-banyak pun bukanya pakai pun..anak aku mcm aku lah. kalau selesa pakai yang tu..yang tu la sampai lusuh .hehe.jimat duit mak kau nak...

3. kuih raya



tahun ni kueh raya agak banyak jugak. cadangnya nk beli sikit ajer tp terbanyak la pulak. aku kan mana boleh kalau orang datang jual kat ofis, mesti beli..takleh tengok orang muka kesian..ngn aku aku skali jadi kesian..

menu raya pula aku dah tempah awal2..Alhamdulillah, setiap hari ada je menu. raya pertama nasi minyak, raya ke 3 sate, raya ke 4 roti jala...itu adalah main menu. yang lain2 topud ajer..so apalagi, jemputlah beraya kat rumah ku..hehe.raya ke dua takde sb aku balik kg...rumah kembali terbuka raya ke 3 yer..hehehe.

4. Duit raya

Duit raya pun dah lama dah tukar. almaklumlah aku berjiran dgn pegawai bank..tahun ni tukar 2k shj. itu pun rasa lebih kot. alah lebih takpe..duit kan..bernilai wp lepas raya.lagi pun tukar banyak sb nak duit baru..hehe. bagi aku, masa beraya ni la kita nak kongsi rezeki kita dgn sanak saudara. aku mmg sediakan duit raya utk org dewasa juga.tapi peringkat mak nenek ajer la..


5. Baju mak, abah, mertua, saudara

setiap tahun mmg aku mmg membeli kat ma ,abah , mertua dan juga pak saudara . biasanya baju melayu dan baju kurung.memang dari dulu aku macam tu..suka membeli.. so bila dah tahu bila raya nak guna duit lebih, mmg aku akan simpan awal2..supaya semua dapat merasa nanti. biarlah kita susah sikit, asalkan diaorg hepi kan..

6. Barang dapur

yang ni pun dah settle, aku dah beli siap2 barang dapur. antaranya bawang, mee, mee hun, air tropicana, air botol, dan banyak lagi. semuanya untuk raya.

7.lain-lain



lain-lain ni termasuk topud peralatan rumah . ada la sikit-sikit..mcm cawan , pinggang tu...langsir tak tukar pun sb masih bau kedai. mungkin lagi 5 tahun aku tukar kot..berbaloi la guna...hehe.
rumah masih berselerak...erm terutama dapur dan bilik abang long. huh..kene cuci malam raya..kalau aku cuci awal of course tak sempat nak raya..kembali bersepah...

Ok rasanya itu je kot persiapan raya kami anak beranak...semuanya ala kadar ajer. tahun ni aku lebihkan bahagian duit raya shj, yang lain sama. cuma agak penat sedikit sb bila tinggal dirumah sendiri semua kena urus sendiri..kena pikir menu raya..kena kemas rumah...alahai..bab kemas tu aku paling malas sekali. rasa nak nangis bila semua benda tak buat lagi. rasa nak hire bibik jam jam tu gak. huhuhu. melampau ok aku.
ye la, kain bertimbun dalam raga yang tak berlipat, padahal tiap2 hari pun aku lipat. lantai berlengas gila, nak mop satu rumah memang la keje penat ..sakit pinggang, sakit belakang...porch tak basuh lagi...cermin tak lap lagi...kipas pun  berhabuk...hukhuk..pening ...semuanya aku kena buat sendiri ngn suami.
kat area rumah ni mmg susah sgt nak cari pembantu yg datang bersih rumah...so terpaksa la kami buat sendiri. 





1 comment:

mama lieyna said...

Byk jugak berhabis tuk sambut raya ye..akak ni lebihnya beraya kt kl sngsorg, so tahun ni sket je budget tuk raya..klu blk kg pun sehari je..hu..

Dh hmpir lengkap semua, tinggal kemas umah jelah tu :-)