Thursday, August 22, 2013

Hari penting

keje dah settle, dan dah boleh update blog. petang pun petang la kan..
ok sebenarnya hari ni hari istimewaku..tapi aku boleh lupa..semalam baru teringat. itu pun lepas tengok instgram dato ct..huhu. .aku kan nikah sehari selepas dato ct...hehe.
tapi pagi ni, hepi sebab whatsup dari suamiku masuk. wish anivesary. terharu sungguh. rupanya malam tadi lagi dia whatsup, tapi aku baru tgk..Almaklum lah isteri sibuk dgn laptop..sampai kul 1 baru nak masuk tido.biasalakan..aku ni keje dan dalam masa yg sama berniaga. tengah-tengah malam baru nak buat meeting ngn adik aku, update page, cerita itu ini. sb bila tengah malam, anak-anak pun dah tido.

jarang ok suami whatsup aku dulu. biasanya aku la yg whatsup dia dulu...hari biasa pun sama, 
kalau aku tak whatsup tanya khabar , mmg senyap la . pastu kalau reply...erm..ok...baik...ikutlah..
huhitu jer ayat yang direply...peluh ketiak aku nak menaip tanya itu ini. dasar lelaki kan?

sebenarnya aku dah terlepas 4 tarikh yg belum di celebrate lagi. iaitu besday anak-anak aku. 
asyik janji dgn diaorang nak buat majlis hari jadi, tapi sampai kesudah aku tak buat. Oh kesian pula kan.
aku kalau nak buat majlis, mesti kena prepare 2 minggu awal..itu dah lumrah.
mana nak pikir hal makanan, khemah, kerusi, jemputan, hadiah, ohh..rasa macam kenduri besar ok.
tapi itu la aku...sekali buat harus puas hati. lagi pun dah 3 tahun takde sebarang majlis hari jadi. 

oppa gang nam style..hehe. ni abe long la...kesian dia..besday 14.08.13 tapi hadiah pun mama tak beli lagi.

sama jugak dengan kek na. mama pun xbeli apa-apa lagi. 

kesian kan mereka...hukhuk.tapi alahai budak kecik tak tahu apa2 lagi...tak pandai nak minta2..kalau mintak pun setakat mainan je la..
ok lah. dah nak balik. mlm ni nak celebrate ngn laling utk anivesary. melampaukan?besday anak tak celebrate..tapi mak pak harus celebrate..hehe

ntah apa-apa la..