Sunday, February 17, 2013

kisah benar





kisah ni berlaku beberapa minggu yang lepas, dan sudah beberapa kali berlaku. niat hanya untuk berkongsi kebaikan sahaja dan minta dijauhkan perasaan riak dan takbur.

pada suatu petang, cewahh..tapi betul waktu tu petang..saya ngan adik berada dikedai kosmetik kami.memang setiap petang kami akan singgah untuk closed akaun. semasa kami sibuk mengira duit untuk hari tu..datang seorang pakcik tua yang agak lusuh pakaianya..ditanganya ada sekeping kertas yang juga lusuh..pada mulanya kami takut..ye la..sebab pakcik tu datang secara tiba-tiba...tapi sy suruh adik bukakan pintu kedai dan tanya apa yg pakcik mahu..

adik           :  ya pokcik??
pakcik tua : pakcik nak mintok sedikit duit untuk madrasah yang nak dibina di pasir puteh...ikut lah mek nak bui brapo pun...
adik          : tunggu sekejap pokcik..

adik saya terus ke kaunter dan amik note rm5 untuk diberikan pada pakcik tuh...tapi cepat2 sy  pegang tangan dia..

saya        : teringat pulok ko ustaz azhar...selalunya kito bagi sedekah rm5 paling banyok...apa kata kali ni kita tukar pulok...lagi pun rezeki kita lebih hari ni...kita berkongsi..insyaAllah...mungkin ada hikmah pokcik tu datang masa kita tgh kira duit....

lalu adik saya terus tukar fikiran...dan bagi note yang lebih besar nilainya....

pakcik : terima kasih nak...semoga Allah berkati kamu semua....

serius...lepas pakcik tu hilang..bukanlah ghaib tapi biasanya kaami akan nampak orang lalu lalang kat depan kedai..tp pakcik tu??cepat benar menghilang......
dan tak sampai 15 minit, Allah sudah berikan ganjaran kepada kami.....kami tak sangka, rezeki hari tu masih ada...bila kami nak tutup lampu kedai..tetibe sorang customer datang...dia membuat belian dengan nilai yang banyak...lebih rm5k....

Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah… bertambah… bertambah (HR.At-tirmidzi) 
Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yg mulia(QS. Al-hadiid 57:58) 
Janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta di jalan Allah(QS.Al-Baqarah 2:245) 
Kamu tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap diri sendiri. Dan Allah lah yang Maha Kaya sedangkan kamu orang-orang yang membutuhkan Nya(QS.Muhammad :38) 
Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hambanya selama ia menolong saudaranya (HR.Muslim) 
Perbanyaklah SEDEKAH, karena di dalamnya terdapat KHASIAT :- Menyembuhkan berbagai penyakit.- Menjauhkan dari segala macam kesulitan & masalah.- Diselamatkan dari segala keburukan.- Menenangkan hati dan jiwa.- Melapangkan rezeki.


saya hanya berkongsi sahaja...sudah banyak kali terjadi..banyak kisah pelik yang berlaku..Janji Allah itu pasti..

Amalan bersedekah penyubur kebaikan serta melipat gandakan rezeki sese orang hamba. Allah berfirman yang bermaksud:“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipat gandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurniaan-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah ayat 261).Tidakkah kita merasa tertarik dengan janji Allah berikan itu? Tidak dinafikan, semua orang mahu hidup senang; mempu nyai rumah yang luas dan selesa, berkereta mewah, memakai pakaian cantik dan bercuti ke luar negara .Namun dalam erti kata sebenar, kehidupan kita tidak berstatus kerana ada kalanya kita berada di atas dan begitulah sebaliknya. Tujuan kita hidup bukan untuk memenuhi nafsu tetapi kita perlu melihat kekurangan dan kesengsaraan orang lain.Jika Allah ‘memberi’ pinjaman kekayaan kepada kita maka gunakan kesempatan itu untuk melihat segala yang berlaku di sekeliling. Sebenarnya masih ada lagi yang memerlukan perhatian dan bantuan.Justeru jalankan amanah kekayaan yang Allah kurniakan itu bagi membantu golongan memerlukan. Dalam rezeki Allah itu terdapat hak orang lain yang perlu dimanfaatkan.

4 comments:

Cikwa said...

Alhamdulillah..rezeki kan..

Ena said...

nice sharing..
Sebak pulak bila baca..

Nuat baik.. In shaa Allah dibalas baik juga..

Moga terus berjaya

dalila said...

Alhamdulillah... rezeki dari Allah SWT siapa sangka kan... :)

syikin akak ada pm fb no reply pun.. :(

Unknown said...

Alhamdulillah..rezeki dari allah.. kita pon kena kongsi rezeki ni dengan orang lain :)