Sunday, January 16, 2011

Resepi roti telur cheese

Hari ni nak berkongsi resepi iaitu ROTI TELUR CHEESE .Sedap hingga abang long mintak lagi.Hee.. en laling pun request lagi next week. Lagi pun, senang sgt nak buatnya..budak umur 5 tahun pun boleh buat. Nasib baik abang long baru 3 tahun, kalau tak dia yg buatkan breakfast..Ok.Resepinya....

Bahan-bahannya:

1. Roti sandwich 4 keping suka ati la brand apa, tp kalau nk lg sedap gardenia la
2. Telur 1 biji
3. 2 keping Cheese, yg ni pun suka ati brand apa..janji cheese
4. inti- yg ni pun suka hati nk letak jem ke, sos cili ke..
5. sedikit mentega


Caranya :
  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kacau.
  2. Kemudian sapukan 2 keping roti dengan jem/sos cili.
  3. Letakkan sekeping cheese di tengah2 roti itu (macam sandwic).
  4. Celupkan ke dalam telur tadi.
  5. Goreng dengan menggunakan butter/marjerin. Tak perlu lama sangat nanti hilang khasiat.
dan hasilnya:


Tp ini gambar dr en google. Sedap sangat sampai tak sempat nk snap gambar. Tp lebih kurang macam ni la hasilnya, sedap dimakan dengan air teh o panas atau lebih sedap dengan teh tarik!Selamat mencuba!

P/s -Ada lg satu cara, iaitu pecahkan telur dlm kuali pastu letak roti..buat ala2 mcm hamlet tuh. Pastu kepitkan roti td ngn cheese. Panaskan dlm kuali, biar garing2 sedikit tp jangan sampai cheese meleleh2 hangus dlm kuali plak. Cara ni sedap kalau makan ngn sos cili tau.Erk..tetibe lapar..

9 comments:

LYAfrina said...

mcm sedapnyer!!!

Haa Fakihah said...

ngee sedapnye! teliurrr.

SYANI said...

Tak pernah buat lagi.. Harus cuba resepi ni..

Ena said...

yummyyyy...;D

mamashikin said...

buat la..sedapp...

Fieza79 said...

haishh nmpk sedap nie...

aLya maNip said...

nak balik umah..nak try buat..cam bez :)

NurWahidah Abdullah said...

shar resepi nh ek..

watie_missqiqi said...

i baru je try.. x sangke smue org suke..n sowoh i buat lg... btw thx 4 da receipe :)