sape2 yg nak jadi cikgu,boleh amik tips ini.Email yang saya terima pg ini.harapnya membantu kepada kawan-kawan yang masih berharapkan KPLI.Saya??erm..jadi cikgu kepada anak-anak saja.ini adalah email daripada admin kerjaan.
EMAIL:
Ok lah, bagi sesiapa yang baakal hadiri exam MTEST KPLI Sabtu ni, atau ahli kerluarga, atau rakan Norhasikin yang terlibat, ini tip darisaya, admin kerja-kerajaan.
Saya bongkarkan rahsia MTEST ini! Saya juga ada
pengalaman dalam Mtest ini, dan saya juga pernah cungkil rahsia dari 'orang misteri' KPLI ini berkenaan exam MTEST ni...
Tipsnya:
# Pastikan IC, slip menduduki exam, dan alatulis seperti
pensil, pemadam dibawa semasa exam.
# Datang awal. Kerana calon perlu menyemak nama mereka
ditempatkan di dewan mana, di bilik mana. Jika lewat
berkemungkinan calon akan tersilap masuk bilik exam.
# Soalan yang diberikan melibatkan beberapa topik. Matematik,
Bahasa inggeris,dan beberapa yang lain. Jawapan ada diberikan
0bjektif...
- maths - tidak boleh guna kalkulator. Kira-kira biasa saja.
Macam math tingkatan 1-3. Tak tahu jawapan jangan biar
kosong - TEMBAK saja!
- BI - menguji kefahaman, grammar sikit...Buat mana yang
faham dulu. Yang tak faham tinggal dulu. Kemudian tak
dapat jawapan juga TEMBAK!
- Soalan menguji kecekapan minda. Ni tembak saja...Takde
masa study..Fikir logik dan ikut IQ anda saja.
Itulah bab glamer dalam exam MTEST. BM, BI, Math..dll.
Tak perlu pening kepala nak prepare. Yang ni uji anda
biasa-biasa saja. Tujuannya nak check anda punya basic.
Dab untuk makluman, markah untuk test ni tak banyak sangat
berbanding dengan satu lagi TEST yang paling mudah, tapi
ramai GAGAL.....
iaitu...
INSAK test - Test INSAK ini adalah test paling penting
dan paling tinggi markahnya berbanding dengan test yang
lain.
Boleh dikatakan...
Jika sesiapa gagal test ini, tapi lulus test lain,
mereka dikira GAGAL. Tetapi, jika mereka LULUS test INSAK
ini, tapi gagal test lain, mereka LULUS. Itulah hebatnya
test INSAK ni. Untuk LULUS, calon perlu LULUS test INSAK
ini. (rahsia dimaklumkan oleh seseorang 'orang misteri' dahulu)
Test INSAK ini - adalah berkenaan soalan-soalan untuk uji
kemampuan diri, akhlak, tindakan, sifat dalaman, minat dll
calon terhadap kerjaya guru. Soalannya begitu mudah, tapi
ramai fail! Jawapan semuanya seakan-akan sama, tapi calon
perlu memilih yang terbaik.
Ini penting memilih jawapan terbaik. Ramai terkandas di
sini. Ramai menjawab soalan dengan begitu jujur mengikut
keadaan semasa diri mereka. Sepatutnya, mereka perlu
menjawab soalan-soalan tersebut dengan membayangkan diri
mereka telah menjadi guru yang baik. Bukannya membayangkan
diri mereka sebelum menjadi guru.
Dengan membayangkan diri anda sebagai guru yang baik,
insyallah anda akan dapat menjawap soalan INSAK ini
dengan baik. Ingat, LULUS INSAK, maknanya anda boleh
lulus MTEST ni..
Jangan biarkan kosong jika anda tak tahu jawapan untuk
INSAK ni. Tandakan saja mana-mana jika anda tak tahu.
TEMBAK!
Nak lihat contoh soalan INSAK? Lihat di bawah:
-->http://tinyurl.com/insakMtest
Itulah yang perlu calon tahu. Tak prepare sangat tak mengapa.
Test Mtest untuk KPLI ni tak sesusah exam PTD. Exam Mtest
ni bertujuan nak uji minat, kemampuan dan kebolehan anda
untuk menjadi guru. Fokus pada INSAK test ni..
Saya harap perkongsian tak seberapa ni bermanfaat. Good luck
untuk sesiapa yang terlibat exam PTD dan juga exam Mtest
Sabtu ni..
8 comments:
tringin nak jadi cikgu plk bila dah kawen ngn cikgu..dulu masa belajar memang mati2 xnak jadi cikgu..borang maktab keluar buat tk thu je w/p ada org suruh p beli..kekeke
shikin exm kat ne..gud luck ye..doakan mek da gak k
tp skrg fiza dah jd cikgu kan..ehee..
good luck juga utk mek da!
soalan INSAK sgt mengelirukan.. huhuhu.. xtau nak always stay dgn jawapan yg positif atau skali skala pilih jawapan yg negatif..
thanks a lot... sy terlalu emotional tkut gagal mtest...doakan sy lulus mtest sabtu ni
si chanteq- tu la kan..kalo jawab jujur sgt susah juga..tp kalo jawab negatif jer..pelik pula..ntahlah..sy pun masih belum temui jalan pnyelesaiain..hahaha.thn ni masuk thn ke berapa pun tak ingat dah sy aply..
auntie nana-InsyAallah kita sama2 berdoa ok..harap semuanya ok.
Post a Comment