Sunday, November 21, 2010

Petua lembutkan daging

Petua ini sy cedok dari en google.Ada juga dari pengalaman sendiri.ceh ayat tak tahan tuh..macam chef dah ni,siap bagi petua.Petua takpe,kalo resepi awas ok.sila jangan cuba!

** Sebelum masak daging mengikut resepi masing-masing,sila perap dulu daging ngn cuka makan dalam 10 minit.cuka makan yer jgn pandai-pandai buh cuka getah.Perap orang lagi sedapTapi kalau rasa anda tak bergetah,ok sila perap badan anda dalam cuka getah.pasni sure bergetah you

**Kalau rasa pokok betik atau pokok nangka tepi rumah tu menyemakkan pandangan anda,sila amik daun betik masukkan dalam masakan daging anda.Mata tak semak,makan pun sedap.Kalau tak nak daun,buah pun boleh.Tapi buah yang muda bukan yang dah masak.Agak-agak lah banyak mana,jangan la sampai bertukar nama resepi pulak,kan tak pasal-pasal gulai kerutuk daging bertukar kerutuk betik pula.

**Yang ni paling senang,masukkan ajer camca atau sudu kecil dalam masakan daging kerana sudu tu akan menyerap haba dan kepanasan dari sudu akan melembutkan daging.

** Dan yang ni pula biasanya dilakukan kat majlis-majlis kenduri,letak panadol dalam masakan.Tapi jgn la ko g letak sepapan penadol tu sy rasa sebiji sudah cukup.Setakat ni tak pernah cuba buat lagi la,tapi kalau termakan tak tau la.

** Kalau tak nak daging liat atau keras,jangan letak garam dulu masa memasak.Biar daging empuk dulu,baru masukkan garam.

ok.sekian saja petua dr chef mamashikin.eh tgu ada gambar yang nak ditujukan untuk anda semua.Saya kan suka tuju-tuju lagu,sekali sekali tuju gambar pula apa salahnya kan.
v
v
v
v



hehehe kepala lembu pakcik sudin.Senyum selalu ok.

Bye.

1 comment:

SYANI said...

Petua masukkan sudu dalam periuk tu memang selalu buat..