Wednesday, October 20, 2010

bajet 2011:cuti bersalin 90 hari?

Cuti 90 hari dikuatkuasakan tahun 2011. Namun sebenarnya kaum ibu jgn mudah terpedaya, walaupun diberi cuti 90 hari, jumlah keseluruhan cuti bersalin tetap 300 hari. Jadi, jumlah anak dalam perkhidmatan hanya tiga berbanding dengan lima org sebelum ini. Golongan ibu diberi pilihan sama ada ingin mengambil cuti 60 hari atau 90 hari. Jika diteliti betul-betul, bukankah 2 kali lima, lima kali dua, jadi tiada beza sgt pengumuman bajet 2011 kali ini. Melainkan kaum ibu tersebut hanya merancang untuk mendapat 3 orang anak sahaja. Jika kaum ibu ingin mempunyai bil. jumlah anak yg ramai dalam perkhidmatan, maka terpaksalah mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) Dalam menuju Wawasan 2020 negara memerlukan jumlah penduduk 70 juta. sekarang jumlah penduduk di malaysia 28 juta sahaja. Bagaimanakah untuk merealisasikan impian Wawasan 2020?

2 comments:

mamashikin said...

tp sy dh bersyukur sekurang2 nya diberi pilihan untuk bercuti 60 hari atau 90 hari..

Mag said...

huhuhu..4 boleh lagi tapi kene cari cuti sendiri jugak. hurm..tulah putar2 benda sama gak. maybe amik 90 bila ade problem nak cari baby sitter, tapi kalo senang or ade baby sitter or org gaji cuti jer 60 hari.huhu