Saturday, July 17, 2010

bestnyer berurut

setiap kali berurut mesti badan rasa segar sgt..tambah2 dlm pantang ni, bertungku dan berurut sgt la best..
kalo dulu, masa pregnant hampir tiap2 minggu sy berurut..maklum la my supermum adalah 'tukang urut'..mgikut kata ma, klu selalu urut urat akan jd longgar..nnti senang nak bersalin..dan Alhamdulillah mmg senang bersalinkan nazra hari tu..

Hari ni genap 28 hari sy berpantang, pantang ker?ehee..hari ke 8 luka bersalin sy dah sembuh, dan hari ke 20 saya dah boleh drive..hahaha..teruk kena marah ngn ma sb sy curik drive kete..tp sy masih jaga pemakanan sy..mknan yg gatal2 masih tidak disentuh..

kat bawah ni ada sedikit info berkenaan bertungku dan berurut..

Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam.

Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku.



Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku.

Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Berurut menyegarkan badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang.



Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran.

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

2 comments:

A D I A said...

wahh hari ke 20 dah curi2 drive ye? sebenarnya ikut badan masing2 gak :) kalau sihat semua boleh tapi org tua of course la tak bagi kan hehe

mamashikin said...

erm..tu pun teruk kena marah, sbnar nyer nak alihkan kete kt tempat lain..pastu alang2 dh dlm kete..terus drive, tu pun keliling kampung jer..tak sampai pun 1km..